Saya tak pernah dapat A dalam exam..’ – Anak Jamal Abdillah menangis lihat keputusan SPM. Anak DJ LIN turut sama memberikan KEJUTAN!

Sepanjang menduduki peperiksaan di peringkat sekolah menengah, jujurnya sekali pun sy tidak pernah dapat A. Berikut adalah luahan anak kepada penyanyi legenda negara, Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani, 18, adalah antara calon yang menempuhi debaran menantikan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diduduki pada tahun lalu.

Beliau yang dikenali sebagai Osama yang menuntut di Sekolah Seni Malaysia Johor memberitahu, dia tidak menyangka berjaya memperoleh keputusan 3A dan 1B, manakala empat subjek lagi adalah kepujian.

“Tetapi apabila melihat keputusan SPM saya yang diperoleh hari ini, sy terkejut sebab nampak tiga huruf A pada slip keputusan tersebut.

TAK PERNAH DAPAT ‘A’

“Ketika berada di Sekolah Rendah dulu, benda yg sama juga berlaku, langsung tiada A…”

Jamal Abdillah sangat positive anaknya itu bakal mengikut jejak langkahnya selaku anak seni.

“Bila keputusan Peperiksaan Tahap 3 (PT3) keluar, bukan main banyak lagi huruf A saya dapat iaitu 7 kesemuanya,” ujar Osama yang masih tak sangka atas pencapaiannya.

Tambah Osama, meskipun tidak berjaya dapat semua 8A bagi semua subjek diambilnya, namun 3A yang digenggam berjaya membuatkan bapanya tersenyum syukur.

“Saya menangis pagi tadi apabila teringat 3A yang diperoleh ini tidak cukup untuk buat ayah rasa gembira.

MINTAMAAF PADA AYAH

“Saya cuma minta maaf kepadanya sebab tak dapat lakukan lebih baik, iaitu mendapat 4 kepujian.

“walau Apapun, syukur tiada subjek yg  gagal. Alhamdulillah,” ungkapnya memanjangkan ucapan terima kasih kepada yang Maha Kuasa.

Berkongsi pengalamannya menduduki peperiksaan percubaan SPM, Osama akui more than half, dalam lapan subjek diambilnya tidak lulus.

“Lebih teruuuuk, saya diberi tekannan oleh guru. Akhirnya, ketika peperiksaan sebenar SPM, tak sangka ini hasilnya,” jelasnya dalam nada terharu

 

Siapa sangka, dalam  pada masa yg sama,Anak DJ Lin juga mendapat keputusan yang membanggakan

ANAK DJ Lin dapat 6A SPM!

Ibu mana yang tidak gembira melihatkan kejayaan anak di dalam peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi penyampai radio Suria FM, DJ Linkejayaan puterinya, Nureen Aresya yang berjaya memperoleh 6A daripada 10 subjek amat mengejutkan kerana usahanya membuahkan hasil!.

Menerusi post yang di upload dalam IG miliknya, DJ Lin berkongsi perasaan syukur dengan keputusan SPM anaknya.

“Tahniah buat puteri #djlin @nrenarsya berjaya memperolehi 6A daripada 10 subjek yang diambil untuk #SPM.

“Alhamdulillah syukur. Hilang segala debaran. Lain macam penangan yang kita rasakan bila teman #anak gi amek result exam ni. Tahniah sayang.

“Moga terus berjaya dalam mengejar impian & cita2. Doa ibu sentiasa ada untuk kakak,” tulis DJ Lin.

Tahniah Nureen dan DJ Lin!

 

 

Sumber:Mhetv via menuju kebenaran

Updated: March 15, 2019 — 1:06 am