Pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Ini respond Anwar

PORT DICKSON: Perancangan yang lemah menjadi antara faktor berlakunya insiiden pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata insiiden yang sedang berlaku ketika ini merupakan satu peringatan bahawa isu keselamatan dan isu pembuangan sisa tooksik tidak boleh dipandang ringan.

“Ini satu malapetaka yang besar dan sangat serius. Ia bukan bencana semulajadi tetapi terjadi kerana perancangan yang lemah. Dalam usaha menarik pelabur kita tidak boleh ketepikan isu ini. Keselamatan rakyat dan anak-anak harus diberi keutamaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis Hi-Tea bersama polis Ibu Pejabat Polis Daearah Port Dickson, pada Khamis.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas mengenai pencemaran sisa bahan kimia dipercayai susulan pembuangan sisa tooksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, baru-baru ini.

Jumlah mangsa terjejas insiiden pembuangan sisa kimia, Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang ditempatkan di Medic Base, sejak 11 Mac hingga 12 tengahari tadi, merekodkan jumlah seramai 1,906 orang dengan 276 kes dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
Selepas desakan rakyat yang melihat hukuman terhadap pesalah tidak berat, Tun Mahathir mungkin akan melakukan tindakan ini
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan mengkaji semula keberkesanan undang-undang berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ekoran dari pencemaran serius, akibat pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.

Cadangan untuk mengkaji semula akta berkenaan, berikutan terdapat desakan rakyat yang melihat hukuman terhadap pesalah tidak berat, dan mereka mampu membayar denda yang dikenakan.

“Kita ambil perhatian mengenai perkara itu, selalu kita berdepan dengan racun air atau solid (tetapi) ini gas yang kita tak pernah tangani. Kita akan mengkaji sama ada (akta itu) perlu diperkuat atau tidak,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat mangsa-mangsa kejadian itu di Hospital Sultan Ismail hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan untuk mengkaji semula akta berkenaan.

Ketika ditanya mengenai suspek yang dijangka didakwa di mahkamah hari ini, Dr Mahathir berkata perlu ada bukti yang kukuh sebelum tindakan pendakwaan dapat dilakukan.

“Kita kena tentukan sebelum buat dakwaan… jangan kita tuduh dengan sewenang-wenangnya dan terkena kepada orang yang tidak bersalah.

“Kita perlu buat siasatan supaya kita dapat tentukan dari mana datangnya bahan (sisa kimia) ini,” kata Perdana Menteri.

Turut bersama, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Johor Osman Sapian.

Sebelum ini, ketiga suspek yang ditahan Jabatan Alam Sekitar disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM500,000.

Sumber– BERNAMA

Updated: March 14, 2019 — 4:38 pm