Memang geram lihat video pencemaaran s1sa toksid yang dirakam pihak Bomba di Sg Kim Kim

 

PORT DICKSON: Perancangan yang lemah menjadi antara faktor berlakunya insiiden pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata insiiden yang sedang berlaku ketika ini merupakan satu peringatan bahawa isu keselamatan dan isu pembuangan sisa tooksik tidak boleh dipandang ringan.

“Ini satu malapetaka yang besar dan sangat serius. Ia bukan bencana semulajadi tetapi terjadi kerana perancangan yang lemah. Dalam usaha menarik pelabur kita tidak boleh ketepikan isu ini. Keselamatan rakyat dan anak-anak harus diberi keutamaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis Hi-Tea bersama polis Ibu Pejabat Polis Daearah Port Dickson, pada Khamis.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas mengenai pencemaran sisa bahan kimia dipercayai susulan pembuangan sisa tooksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, baru-baru ini.

Jumlah mangsa terjejas insiiden pembuangan sisa kimia, Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang ditempatkan di Medic Base, sejak 11 Mac hingga 12 tengahari tadi, merekodkan jumlah seramai 1,906 orang dengan 276 kes dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

Pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Ini respond Anwar

Apa yang berlaku di Pasir Gudang ini sangat bertepatan dengan firman Allah di dalam al-Quran….

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ

“Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41)

Video pencemaran s1sa toks1d di Sg Kim Kim

Video ini turut disiarkan di portal berita Astro Awani. Ia dikatakan dibuat oleh pihak Bomba di Sg Kim Kim untuk memeriksa ak1batdan kesan daripada pencemaran s1sa toks1d oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Astaghfirullahal’aziim, jika beginilah keadaannya rasanya tiada hidupan air boleh ‘surv1ve’ di situ.

Saksikan video…

Video ini diambil di Sungai Kim Kim katanya. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka.

Posted by JohorPress on Khamis, 14 Mac 2019

sumber: telagananbiru.com

Updated: March 15, 2019 — 1:37 am