9 Hal Yang Anda Akan Temui Jika Travel Secara Solo

Apabila anda melangkah turun dari pesawat bagi sesebuah destinasi baru, sudah pasti timbul perasaan takut kerana anda menyedari bahawa anda berada dalam sebuah negara yang baru dan anda keseorangan.

Sama ada backpacking merentas Asia atau menghabiskan seminggu di Bali atau London, berikut 9 perkara yang akan berlaku kepada setiap pengembara jika bergerak secara solo.

1.Sesat Jalan Itu Pasti

Anda mungkin mempunyai peta bersama dengan anda tetapi walaupun anda cuba berusaha untuk mencari arah jalan yang betul, sesat jalan pasti perkara biasa dalam perjalanan anda. Jalan yang berliku-liku akan buatkan anda keliru dan tertanya-tanya di manakah destinasi yang ingin dituju.

Apabila hal ini berlaku, anda hanya perlu bertenang dan berfikiran positif. Sesat jalan sebenarnya menjadi satu perkara yang menakjubkan semasa dalam perjalanan kerana ia boleh membawa anda menemui kafe yang menarik, butik yang pelik dan taman-taman yang indah yang mungkin tidak terfikir untuk melawatnya.

2. Dilema Travel Solo

Akan datang satu saat di mana anda dalam dilema dan bertanya “Apa yang anda cari sebenarnya ?!” Ia mungkin ketika berada dalam penerbangan kerana waktu ini fikiran anda kosong atau ia boleh terjadi ketika anda berjalan keluar dari lapangan terbang.

Anda akan mempersoalkan kewarasan anda adakah perjalanan solo merupakan idea yang baik. Namun emosi ini akan beransur hilang saat anda memulakan pengembaraan baru anda.

3. Duit Tak Cukup

Anda akan menukar wang kurang daripada yang dijangkakan dan mendapati bahawa kemahiran matematik ketika di negara lain tidak berfungsi dengan baik. Jika melancong beramai-ramai, mungkin anda boleh meminjam dari rakan yang lain, namun jika travel secara solo, anda perlu bijak dalam urusan perbelanjaan. Pastikan wang mencukupi dan membawa kad debit atau kredit sebagai backup.

4. Pengalaman Di Luar Jangkaan

Semasa perjalanan solo saya ke Japan saya menempah pesawat tanpa persediaan ke Osaka dan terus ke Kyoto menaiki keretapi laju, dan salji lebat menunggu ketibaan saya di Stesen Kyoto. Ia adalah perjalanan yang paling spontan yang pernah saya lakukan dan akhirnya menjadi satu pengalaman yang sangat mahal.

5, Kenalan Baru

Travel secara solo akan buatkan ada lebih mudah untuk bergaul dengan teman-teman baru. Sudah tentu ia memberi manfaat pada anda untuk mendapat teman ketika bersiar-siar mahupun makan bersama. Kadang-kala dengan adanya teman-teman baru secara tak langsung dapat berkongsi idea mengenai perniagaan.

6. Pelbagi Ujian & Dugaan

Setiap manusia pasti ada perasan takut, apalagi kalau melakukan aktiviti secara sendirian seperti mendaki gunung atau menaiki pengangkutan awam yang dipenuhi berbagai ragam manusia. Jika anda mampu mengatasi semua ketakutan itu dan keluar dari comfort zone, bermakna anda hebat.

7. Bebas Berjalan Tanpa Kawalan

Berbeza jika travel beramai-ramai, anda tidak lagi menghabiskan masa berdebat bersama teman-teman bila, di mana mahu berjalan. Jika travel secara solo, semuanya terpulang pada diri anda untuk bergerak. Jika anda mahu tidur seharian di hotel pun tak mengapa, asalkan anda bahagia berseorangan.

8. Penduduk Tempatan Lebih Ramah

Percaya atau tidak, orang lebih peduli pada anda jika anda travel secara solo. Ketika bertemu dengan penduduk tempatan di tempat anda kunjungi, biasanya mereka jadi lebih ramah, lebih informatif mengenai tempat-tempat pelancongan yang mungkin belum ramai orang tahu di daerah mereka.

Kalau nasib anda baik, anda mungkin dapat menginap di rumah mereka secara percuma. Inilah kebaikan jika datang ke tempat orang secara solo.

9. Banyak Masa Untuk Dapat Gambar Yang Cantik

Sebagai seorang yang gemarkan seni fotografi, travel solo dapat meluangkan masa yang begitu banyak untuk dapatkan foto-foto yang indah dan menakjubkan. Anda dapat menghayati setiap sudut permandangan dan bebas berjalan malah memanjat pokok untuk dapatkan angle yang menarik. Jika anda suka selfie, anda akan rasa lebih selesa untuk hasilkan puluhan mimik muka dalam telefon tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Hal ini tidak akan berlaku jika anda travel secara beramai-ramai . Paling ketara, selepas anda pulang dari travel secara solo, anda tidak mudah percaya dengan isu-isu negatif dan persepsi buruk mengenai negara-negara luar kerana anda sudah melihat dengan mata kepala sendiri. Pengalaman ini mengajarkan diri anda untuk lebih mencintai diri sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Gnews

sumber : hangat.com

Updated: January 11, 2019 — 6:40 am