Bapa Atikah Suhaimie Buka Mulut Dedah Punca Sebenar Kenapa Batal Perkahwinan.

Berita perkahwinan Awi Rafael bersama Atikah Suhaimi yang sepatutnya bakal berlangsung pada 17 Mac 2019 (Ahad) ini tidak berjaya diteruskan atas alasan peribadi. Video Awi membuat permohonan maaf mula disiarkan kelmarin di laman IG.

Berbagai-bagai andaian dari netizen tentang punca pasangan ini tidak meneruskan  majlis, namun sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada lagi kenyataan ‘official’ dari pihak kedua2 belahPihak..

Walaubagaimanapun, di dalam ruangan komen di Instagram, terlihat bapa Atikah iaitu Suhaime Jamali memperbetulkan punca sebenar mengapa perkahwinan ini dibatalkan.

Bapa Atikah Suhaimie memuat-naik komen

Bapa beliau, En. Suhaime meninggalkan komen ringkas, tindakan yang diambil sebenarnya adalah dari keputusannya sendiri bukannya Awi yang membatalkan perkahwinan ini.

“Saya bapa Atikah Suhaime, nak perbetulkan, majlis (Pernikahan Awie dan Atikah) bukan Awi batalkan tapi saya yang batalkan” – katanya di ruangan komen

Tak boleh menerima kemahuan yang diinginkan

Turut kelihatan di laman Instagram(IG), En Suhaime memberitahu bahawa Awi & sekeluarga tidak boleh menerima kemahuan yang diinginkan untuk menjamin masa depan anak perempuan kesayangannya.

Terdahulu, pasangan ini telahpun  bertunang pada 17 Mac tahun lalu. Media sempat merakamkan keinginan Awi sebelum ini menyatakan hasrat untuk merakamkan detik perkahwinannya pada Ahad ini untuk dimuat naik dalam lagu terbaharunya yang juga buah tangan buat bakal isterinya tercintanya itu.

Berfikir sebelum meluahkan kata-kata

Sebagai peminat Awi Rafael dan Atikah, seharusnya kita memberi ruang dan masa kepada mereka sebelum beliau dapat menjawab apa-apa persoalan atau membuat kenyataan yang seterusnya. Hali ini kerana, Awi mengeluarkan kenyataan,

“Niat dihati adalah utk membina masjid, menutup aib dia yg dulu..”

Awi Rafael Muat Naik Video & mengundang cakap2 beakang orang ramai.. ternyata semuanya mengaitkan kisah silam Atikah tanpa mengetahui apa perkara sebenar yang terjadi.

Atikah berkata mereka bekerja keras untuk merealisasikan impian untuk bergelar suami isteri, tetapi mungkin tidak cukup kuat berjuang untuk terus mempertahankan cinta mereka.

Atikah berharap hubungan baik antara beliau dan Awi dapat dikekalkan

Bagaimanapun, Atikah berharap hubungan baik antara beliau dan Awi dapat dikekalkan dan berterima kasih kepada penyanyi tersebut yang sering menjaga dan mengambil berat tentang dirinya selama ini.

Hati siapa yang tidak sedih bila sedang menghitung hari untuk menempuh hari bersejarah tetapi ditimpa dengan berita yang sungguh menyedihkan dan terpaksa untuk membatalkan impian untuk berkahwin. Namun, itulah yang dinamakan jodoh. Semoga Atikah dan Suhaimi tabah dengan dugaan ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Awi menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri dan tidak mahu membuka aib sesiapa.

 

Sumber : Hangat.com via MenujuKebenaran

Updated: March 15, 2019 — 1:09 am